selamat datang kepada blogger2 sekalian & jgn lupe singgah lagi untuk menggatal2 kan tangan anda untuk mengomen!!!

Tuesday

dEfiNition of gLobAl ciTy (~_^)


Global city known also as world city..

                            
A city widely recognized as a centre of economic and political
                 power within the capitalist world economy
        
A city that has direct and tangible effect on global affairs through socioeconomic means

Cities of economic, cultural, political & commercial importance such to overflow the national local level and urban system to assume global and planetary scale of importance
 

pEopLe iN mY liFe ☾˙❀‿❀˙☽


⎝ᄽ⏝⏠⎠THEY ARE EVER COMPLETING MY LIFE ⎝ᄽ⏝⏠⎠


It's true that we don't know what we've got until we lose
it, but it's also true that we don't know what we've been
missing until it arrives

Dream what you want to dream, go where you want to go,
be what you want to be. Because you have only one life and
one chance to do all the things you want to do


                                            my family                                  anif & alia & gafa

                                      sem 1 kmk                                  rumate kat kmk


                                        sem 2 kmk                            rumate smsj - shaq


                                      wawa & mimo                                     4T2 & 5T2


                                      intake 17 forever                             future planners


                                            dea kmk                                    suliza


                                            kak suraya                      salmi & rabie & aty

I always knew looking back on the tears would make me laugh, but
I never knew looking back on the laughs would make me cry

hutan bandar larkin VS hutan bandar mutiara rini (^_^)

ASSALAMUALAIKUM sebagai pembuka kata...:)

arini ak nk citer sikit pasal hutan bandar kt larkin n hutan bandar di mutiara rini...
Bagi aku, dua hutan bandar y ak da pegi niy de banyak perbezaannya..dari segi kemudahan, kawasan itu sendiri, landskap, laluan pejalan kaki dan sebagainya...Antara dua hutan niy ak pling ske hutan bandar kat mutiara rini sbbnye....
  • kawasannye yang luas..kalo jalan sehari pon belum tentu puas
  • kemudahannye yang baru dan terjage 
  • landskapnye y sgt cantik..seriously!!
  • keadaan pejalan kaki yang baik dan cantik
  • suasananye y sentiasa dipenuhi oleh orang ramai 
hutan bandar kt larkin best gak...mgkin faktor ta dijaga atau sudah lama dibuat menyebabkan kawasan disitu nampak ta menarik..pengunjung kat situ kalo datang pon sbb nak bw ank2 mereka mandi manda kat situ.. Kemudahan kat situ jugak banyak da rosak maybe sbb da lame sgt kowt..









niy sume gamba2 kat utan bandar mutiara rini (^_^)















niy gambar kat utan bandar larkin :)

p/s : gamba2 niy tade kaitan ngn idup atau y mati :)

Monday

ISU PINGGIR BANDAR DALAM MALAYSIA

Sebagaimana kita sedia maklum, terdapat banyak isu yang berlaku di pinggir bandar. Hal ini berlaku kerana pinggir bandar menerima tekanan pembangunan yang pesat di pusat bandar sehingga kawasan pinggir bandar terbiar. Isu yang saya mahu ketengahkan ialah isu berkaitan dengan bangunan dan kemudahan yang terbiar atau terbengkalai setelah menerima tekanan pembangunan. 

        Isu ini berlaku terutamanya di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur dimana terdapat banyak kawasan pinggir bandar yang mempunyai bangunan dan kemudahan yang terbengakalai. Sebagai contoh, jika kita menyusuri Jalan Skudai pasti kelihatan bangunan komersil dan perumahan yang tersergam indah tanpa penghuni disitu. Hal ini sangat mencacatkan pandangan pelancong dan alam sekitar di kawasan Johor Bahru. Ia juga akan mencemarkan imej Johor Bahru sebagai pintu masuk pelancong dari selatan tanah air yang terlibat dalam pertumbuhan ekonomi wilayah Iskandar Malaysia.

Masalah ini bukan sahaja mencacatkan pandangan orang ramai tetapi juga menjadikan tempat ini sebagai sarang tidak bermoral atau lebih senang diperkatakan jenayah di sini akan lebih berleluasa. Kes jenayah seperti rogol, dadah, ragut dan sebagainya juga semakin meningkat di Johor Bahru. Dengan bertambah bangunan dan kemudahan yang terbiar, semakin banyak juga kes-kes tidak bermoral di Johor Bahru ini. Perhubungan antara masyarakat juga terbatas dan semakin renggang antara golongan (miskin dan kaya) apabila isu ini semakin serius. Cadangan bagi menggantikan bangunan terbiar kepada gelanggang futsal atau aktiviti sukan yang tidak memerlukan modal yang tinggi juga tidak salah. Bukan sahaja penjimatan kawasan berlaku tetapi juga penjimatan kos oleh kerajaan. Selain itu, kerajaan perlu mengambil tindakan dengan cepat bagi mengurangkan masalah ini berlaku.

Banjir juga adalah salah satu isu pinggir bandar yang sering berlaku. Banjir ini berlaku kerana saliran bandar yang tidak begitu cekap dan juga kurangnya kawasan hijau di bandar. Dengan ini, pinggir bandar mendapat tempiasnya dengan terjadinya banjir di sesuatu tempat. Hal ini juga terjadi kerana kurangnya penyelenggaraan perparitan secara berkala oleh pihak tertentu.

Di bawah ini adalah antara contoh-contoh gambar yang berkaitan isu ini.

gambar hiasan : kawasan kilang/perniagaan/perumahan yang sudah lama ditinggalkan

gambar hiasan : kawasan projek-projek yang terbengakalai