selamat datang kepada blogger2 sekalian & jgn lupe singgah lagi untuk menggatal2 kan tangan anda untuk mengomen!!!

Monday

ISU PINGGIR BANDAR DALAM MALAYSIA

Sebagaimana kita sedia maklum, terdapat banyak isu yang berlaku di pinggir bandar. Hal ini berlaku kerana pinggir bandar menerima tekanan pembangunan yang pesat di pusat bandar sehingga kawasan pinggir bandar terbiar. Isu yang saya mahu ketengahkan ialah isu berkaitan dengan bangunan dan kemudahan yang terbiar atau terbengkalai setelah menerima tekanan pembangunan. 

        Isu ini berlaku terutamanya di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur dimana terdapat banyak kawasan pinggir bandar yang mempunyai bangunan dan kemudahan yang terbengakalai. Sebagai contoh, jika kita menyusuri Jalan Skudai pasti kelihatan bangunan komersil dan perumahan yang tersergam indah tanpa penghuni disitu. Hal ini sangat mencacatkan pandangan pelancong dan alam sekitar di kawasan Johor Bahru. Ia juga akan mencemarkan imej Johor Bahru sebagai pintu masuk pelancong dari selatan tanah air yang terlibat dalam pertumbuhan ekonomi wilayah Iskandar Malaysia.

Masalah ini bukan sahaja mencacatkan pandangan orang ramai tetapi juga menjadikan tempat ini sebagai sarang tidak bermoral atau lebih senang diperkatakan jenayah di sini akan lebih berleluasa. Kes jenayah seperti rogol, dadah, ragut dan sebagainya juga semakin meningkat di Johor Bahru. Dengan bertambah bangunan dan kemudahan yang terbiar, semakin banyak juga kes-kes tidak bermoral di Johor Bahru ini. Perhubungan antara masyarakat juga terbatas dan semakin renggang antara golongan (miskin dan kaya) apabila isu ini semakin serius. Cadangan bagi menggantikan bangunan terbiar kepada gelanggang futsal atau aktiviti sukan yang tidak memerlukan modal yang tinggi juga tidak salah. Bukan sahaja penjimatan kawasan berlaku tetapi juga penjimatan kos oleh kerajaan. Selain itu, kerajaan perlu mengambil tindakan dengan cepat bagi mengurangkan masalah ini berlaku.

Banjir juga adalah salah satu isu pinggir bandar yang sering berlaku. Banjir ini berlaku kerana saliran bandar yang tidak begitu cekap dan juga kurangnya kawasan hijau di bandar. Dengan ini, pinggir bandar mendapat tempiasnya dengan terjadinya banjir di sesuatu tempat. Hal ini juga terjadi kerana kurangnya penyelenggaraan perparitan secara berkala oleh pihak tertentu.

Di bawah ini adalah antara contoh-contoh gambar yang berkaitan isu ini.

gambar hiasan : kawasan kilang/perniagaan/perumahan yang sudah lama ditinggalkan

gambar hiasan : kawasan projek-projek yang terbengakalai